Thursday, June 21, 2012

kembali kan mood study :)

setelah beberapa hari bersantai di rumah... kini tiba laa masa tuk aku pulang ke ukm semula tuk
 fokus study tuk 2 ag exam paper... International Business dengan Pembangunan & Aplikasi 
Strategik Sistem  Maklumat ( aishhh name tak leh nak pnjang ag..singkatan nya AIS jek )
kemas2 meja... tuk study smula huk2.. 
anyway gudluck tuk kawan2 sy... sayang korunk :)



Meh kita doa same2

Doa untuk cepat tangkap memahami ilmu

Ya Allah ilhamkanlah aku dengan ilmu yang dapat menjadikan alat untuk mengetahui semua suruhanMu 
Dan dapat mengetahui semua laranganMu
Berikanlah kepadaku ya Allah, kefahaman yang mendalam dari para Nabi
Dan kefasihan hafalan para Rasul
Dan cepatnye ilham para Malaikat Muqorrobin
Dan kurniakan kepadaku Ya Allah 
Dengan cahaya ilmuMu dan cepat menangkap dalam kefahaman
Dan keluarkanlah aku dari kegelapan keraguan
Dan bukakanlah untukku semua pintu rahmatMu
Dan ajarkanlah kepadaku rahsia hikmahMu
ya Tuhan semesta alam

Doa untuk mencerdaskan otak dan tidak mudah lupa

Ya Allah terangilah pandangan aku dengan Al-Quran 
Dan dengannya lapangkanlah hatiku dan dapatlah kiranya beramal dengannya
Dan lancarkanlah lidahku dalam mengucapkannya 
Dan teguhkanlah hatiku dengannya
Dan percepatkan kefahamanku dengannya
Dan teguhkanlah tujuanku dengannya
Dengan sebab dayaMu dan kekuatanMu
Kerana sesungguhnya tiada daya untuk melakukan taat dan tiada upaya untuk menjauhkan
maksiat, melainkan dengan pertolonganMu , ya Tuhan Maha Pengasih 
sekalian yang berkasih sayang
Ya Allah aku menitipkan kepada Mu ilmu yang telah Engkau ajarkan kepadaku
maka perkenankanlah kiranya Engkau mengembalikannya lagi kepadaku
ketika aku memerlukannya
Dan janganlah hendaknya Engkau melupakannya, Ya Tuhan semesta Alam

SELAMAT BERAMAL :)

Tuesday, June 5, 2012

akan ku merinduimu

haaaa...jangan fikir bukan-bukan...hehehe pasti ku rindu meja study ku nih laa... di kolej terchenta (cinta laa sgt kan ) Kolej Pendeta Za'ba nih ( pejam celik dah 3 tahun daa aku diami kolej ini) .... pagi2 isnin aku bangun awal2 untuk kemas bilik n meja study yang terchenta nih..hahaha...nak study baru sibuk nak kemas kan..yele before nih tade mase nak kemas..asyik ke fakulti jek ngan discussion projek assignment...serious tak leyhh terima kenyataan bila susunan jadual exam aku ntah pape...terime kasih sgt2 kat org yang susun jadual nih... (tersangat laa strategik kan).. inilaa buktinya


Ini dia jadual exam aku, gap 10 hari tuh memang di rumah terchenta laa jawabnyer


meja study yang aku rindu nanti..pemberi insprirasi tuk aku study


tempat aku meluahkan perasaan.. bila aku sedeyh marah, pokok nih akan layu.... dan bila aku happy pokok nih akan semakin membesar...betul la cakap Dr Harlina (lecturer law aku yang paling aku sayang ) yang kita kene selalu cakap dengan pokok.... 

oke laa mahu sambung study.. to all my friends tak kesah laa kat mane pon korang belajar ALL THE BEST laa erkk final exam nih... and kawan2 aku yang satu batch akaun dengan aku nih... ALL THE BEST jugak untuk Latihan Industri nanti.. pasti aku rindukan korunk nanti huhuhu ... sob3